Thursday, October 25, 2012

Cerita Semalam. Kau Berubah



00.04am. Khamis. memalam buta ni aku duduk sambil ditemani maggie hand made. sedap jugak. kejap kejap phone bunyi text masuk. nilah dunia muda aku bila malam tak sekolah. tv terbukak layan hindustan. Kabhi kushi Kabhi Gham pulak memalam ni. lenjan . makin nak ending makin sedih pulak hindustan ni ehh. habis licin, aku duduk goyang kaki sambung layan hindustan.
Tiba teringat tadi. Time aku lepak luar amek angin malam sambil ditemankan lampu jalan yang tak jemu jemu menerangkan rumah aku dan jiran sebelah. haha. aku nampak kau. dari pandagan zahir aku, kau dengan ramai kawan kau yang lain. Gelak sakan tak ingat dunia sambil masing masing dekat tangan ada telefon betengek dekat penghadang jalan tuu. Aku tak sure kau nampak aku or tak. Lama aku tak nampak kau. Perangai kau dah lain. Lain yang macam aku kenal dulu. kenapa ahh? since kau pindah sekolah atas ni kau lain. 180 darjah. asal? dulu kau sekolah dekat Pontian tuu okayy je aku tengok. ish. Kau berubah! dulu time kecik kecik kaulah kawan aku. Even kau lain jantina dengan aku. Time pergi sekolah agama, aku tunggu bas dekat rumah kau, turun bas dengan kau semua kau.
Nanti balik sekolah sama sama. Petang petang tengok langit ada bentuk apa. kau ingat? For sure kau tak ingat. Rumah kita ni sekangkang kera je. Kalau aku nak jerit nama kau dari rumah aku pon boleh. kawan kawan yang lepak dengan kau ni pon aku rasa macam tak pernah nampak. Time kau nak pindah sekolah atas last year aku tak pernah nak suka. Sebab aku tawu nanti kau MESTI punya berubah. sekolah atas tuu budak budaknya teruk. Diaorang tak padan dengan kau. kau akan punya berubah. see that sekarang? terbukti dahh. Sebab tu aku jauhkan diri dari kau. Mintak maaflah. makin hari makin sedihlah pulak aku dengan kau ni. dah lahh sambung layan hindustan balik. Semoga satu hari nanti kau Berubah yang asal.