assalamualaikum.
you alls tawu tak gambar siapakah yang tertera di ats ni? kiri tu aku. kanan tu hm kawan baik aku. Siti Nadia bt Mohd Zain. Dia ni suka colour merah. tak suka makan susu. and sangat elergik udang haha. kitaorang kawan baik. sangat baik. mana ada aku situlah ada dia. Nad, aku post pasal kau nih! jangan kembang heh *flips hair* hewhew.
kitaorang rapat since bangku sekolah rendah lagi. time tu nad darjah 3 dia baru je pindah sekolah tu aku memang pelajar tetap haha. well sekolah depan rumah je pooonnn --v then time tu nad TAK SUKA aku kayy ulang TAK SUKA. sebab aku dulu kat skola rendah prefect. #peace bila dah ada perkataan PREFECT tu aku pon tunjuk belang aa.aku garang taw dulu. haha tak main main ni series. well dulu skola rendah jadi prefect best skola menengah hampehhhh -- so balik kepada asal. aku ni garang muka memang macam nak telan oranglah kan so thats why nad tak suka. aku pon "elehh dah lah baru masuk skola orang" haha. kelakar kot time tuu. aku pon wat dang je malas nak layan nad. so bila masuk darjah 5 kitaorang satu class. rezeki nad melimpah dapat masuk class pertama cewaahh pandai tuuu. aku? aku dari darjah satu lagi memang first class well. haha terima kasih terima kasih *tunduk* jgn puji lebih lebih. haha. kayy aku gediksss. bak kata mak aku bila duduk biar depan senang masuk bila belajar. okay aku pon dengan cepatnya berebut dengan tablemate aku nak duduk depan! depan sekali taw ualllsss! depan meja cikgu tepi sekali. then bila kene bubarkan. ntah macam mana aku dapat tablemate lelaki yg gemuk dan annoying tapi comel. haha. nad aku tawu kau tawu tu siapa kan! so diam. then ntah mcm mane jugak nad belakang aku. TERKEZUTTTT aku! "ish asal dia belakang aku ni?" tak sukalah kononyaa. haha. mcm bodo bodo je.
sehari demi sehari sebulan demi sebulan kitaorg makin rapat mane taknya pusing belakang je muka nad muka nad je pusing belakang haha. then kitaorg rapat! sangat kamcing. right nad? naik darjah enam. aku dah jauh sikit dgn nad sangat dia duduk first table aku last table. macam dia permulaan class aku penghujung class. kitaorg dah tak rapat mcm dulu tapi still bertegur. naik pulak Form 1 wahh dah besar sekolah menengah gituuu kauu~ dua dua diterima masuk hostel yg seumpama neraka jadian tu. start je aku duduk hostel hubungan aku yg tak beberapa rapat dgn nad tu kembali tercantum.
mana ada nad situlah ada aku. aku nagis nadlah lapkan air mata. nad nagis aku yg ketawekan! haha. aku igat lagi ada one day tu aku buat nad nagis teruk gila pasal mak dia. aku pulak gelak nak pecah perut. hehe sorry nad. takpe tu still menjadi rahsia dalam kotak memory aku tentang kau ;') kau ingat tak nad yang kita gaduh dekat tangga tu? yang nita nagis nagis tu? sedih kan. tsk tsk *lap air mata* hee. then nad pon selalu datang umah aku. dalam kereta aku pon kadang kadang kau menyemak haha. means mane aku pergi situlah nad pergi if family aku bawak nad jalan jalan pergi makan dia mesti makan apa yang aku makan. sampai mak aku cakap "korang ni dah macam kembar dah" haa indahnyaa waktu tu nad~~
dekat skola pon kita rapat even Form 2 tak sama class. mane ade kau situlah ada aku. kan? kau dengar cerita aku aku selalu buat tak dengar cerita kau haha tapi aku dengar taw!
baju kami sama (:
kau ingat tak time ni? ni First time kita Fly kan? haha bocor rahsia! siapa yang baca sila silah zip mulut tu heh. kita pergi Ksl lahh Ksl je kott -- ehh! biarlah sebokssss.
kita act datang skola pagi. time tu kita Form2 kan nad? then niat asalnya nak jumpa budak band oppssss! siapakah geranggan org tu biarlah rahsia. haha tapi budak band time tu ada band . then aku dgn nad agaklah sedih sikit tapi aku tiba tiba terfikir pasal terbang terbang ni. hoho~ maaf. then nad pon join. best gilaa buat kerja jahat ni. kan nad :D
kitaorang pergi makan pizza berjoli habes! haha. ehh tapi duit halal ehh jgn fikir lain. kitaorg kan baik ye tak nad? haha
ni gambar last year jugak. aku dengan Nad mandi hujan pada hari terakhir persekolahan. cari nahas kan kitaorg ? haha. best tuuu! kitaorg lencun HABIS! takde yg tak basah semua basah! see that? aku pakai baju biru Nad pon mesti. kan aku dah cakap kitaorang ni kan kembar :)
tengok tuu semua habis basah! bila aku bukak tudung yeahh of course nad pon. kitaorg ni naluri sama beb ;)
see? aku peluk nad means aku sayang nad taw. tak main main.
kadang kadang bila kat hostel if mak aku datang melawat aku cehh kononya nad pon makan sekali. dia dah biasa dah dengan family aku ni. kembar kan? just lain mak bapak je. haha. memang nad superb bestfriend lah. aku tak pernah pon rapat dengan org sebegini rupa. time form1 nad dapat dorm lain dgn aku tapi dia bekeras jugak nak sama dorm form tu pon. hee. nad memang. nad kau ingat tak time form 2 aku pindah copartment sebelah then kau sorang je form2 dekat situ if nak tidur mesti kau tidur dengan aku kan sebab kau takut ti aku takutkan kau ckp hantu hantu ni semua kau tu pon penakut! haha. kau takut mesti kau peluk aku kan? kelakarlah. kadang kadang tak kaki aku kat muka kau tangan kau dekat muka aku kan? hoho~~ takpe itu adalah perkara yang sangat biasa buat kita. dulu aku selalu sikatkan rambut kau yang panjang tu. ingat tak? hee.
sekarang. kita dah Form 3 dah lima belas tahun. masing masing dah besar. masing masing ada benda nak buat. dulu aku hostel. sejak hari pertama kita masuk hoatel 1 tu kau dengan aku je. even tak satu dorm ngn kau tapi aku tetap rapat dengan kau. sama macam dulu tak de yg lain. tapi bila aku keluar hostel kau yg paling merana. kau nangis kan? teruk kau nangis. muka kau smpai merah merah. kau tak nak aku tinggalkan kau kan? kau takut, nanti siapa nak teman kau semua. lagilah kita satu table study. sekarang dekat table tu cuma ada kau dgn nysa je. mak aku datang nak amek aku kau dgn nysa berkeras tak bagi. aku pernah terfikir bila aku tak hostel aku still "kembar" tak dgn kau? makin lama makin jarang kita sama sama. mcm macam dah jadi. pasal tu pasal ni. aku cuma mengeluh je. bila aku fikir balik, aku dah tak rapat dengan kau nad sekarang. ye memang aku mengaku. aku tinggalkan kau. kita dah jarang dah berbual. kadang kadang dekat class aku tenung je muka kau. dalam hati aku berjuta kemaafan timbul tapi kau tak pernah tahu. takpe aku tak salahkan kau. manusia memang macam ni. rindunya aku dekat kau takde tahap walaupun aku berkeras dekat org tak nak rapat dgn kau. aku tak tawu syaitan mana dah hasut. ntah tiap kali fikir pasal nih mata aku berkaca. bohong aku cakap aku tak rindu kita yang dulu.
holiday ni mak aku tanya nad tak datang rumah ke? aku cuma angkat bahu sambil tundukkan muka. aku takut nak tipu mak aku. aku takut nak cakap yg aku dah tak rapat dengan kembar aku. sekarang aku dah rapat dgn wanie. tapi tak serapat dgn kau nad. jangan salahkan wanie. dia tak salah. bukan dia yg hasut aku.manusia memang berubah hm bak kata fadh. sekarang pon aku rasa kau bahagia dengan dunia kau dengan kawan baik kau kan? takpe aku faham. hari tu 3 jun 2012 birthday kau. kau call aku tapi malangnya time tu aku kat kg. aku tunggu bila lagi kau nak call balik tapi kau tak call takpe aku faham aku just kuatkan diri tak hiraukan. tapi aku tak boleh tipu diri aku. The Truth Is I Miss The Old Of Us Siti Nadia.
Nad, kau jaga diri taw..aku harap kau bahagia dengan diaorg biarlah sekarang pea pulak yang jaga kau. maybe diaorg rezeki kau. mana tawu dekat situ kau akan jumpa kembar baru kau? kan? aku doakan kau sentiasa sihat. kau belajar betul betul kau nak jadi Pharmacist yang berjaya kan? kate nak kerja dengan aku dekat Hospital aku nanti? hee ;') taw. ingat taw. aku maafkan dah semua salah kau. halalkan semua makan minum yg pernah aku amek dari kau. hikhik^^v. dah berjurai jurai dah air mata aku nih. last. Aku sayang kau kawan :')
nad, ingat tak time kem solat kau orang pertama aku peluk kan? kau kawan aku dunia akhirat nad.
aku dedicate video ni khas buat kau kawan :')
pergilah dengan dunia baru kau. aku tak halang even kita dah tak rapat macam dulu aku tak pernah lupa semua ni. kau jangan risau. just menikmati dunia baru kau. mungkin mereka lebih baik menjaga kau dari aku. maaf jika post ini terlalu panjang untuk kau baca nad. tapi ini aku buat khas untuk kau.
selamat tinggal *lambai*
bye. assalamualaikum.


