Sunday, June 24, 2012

Surat untuk seseorang yang Adjiktif

semoga dengan luahan ini kita tidak saling memendam rasa benci lagi ;)


Tepat 11 June kita dah takde ape ape. Mungkin dengan cara ini sahaja aku tak kan menyakiti kau lagi. Bohong aku cakap kalau kau tak pernah buat aku happy. Tahun Lepas pada aku memori yang sangat indah antara kau dan aku. Even aku sanggup bohong dekat orang luar yang aku bukan dengan kau. mulanya aku suka cara kau. aku senang dengan cara kau yang tak pernah susahkan orang. cara kau yang berdikari sendiri. dan aku sendiri tidak faham kenapa aku harus meminati kau. Tahun seterusnya berlalu dengan kau dan aku sentiasa bersama. masa tu tak ada ape yang nak disembunyikan lagi sebab orang semua dah tahu sesungguhnya aku memang dengan kau. Dan selepas itu hidup aku mula berubah apabila hidup bertiga. Aku Engkau dan Dia. 

Tapi hati bagaikan direntap apabila kau meragui rasa kasih sayang kau terhadap aku di depan orang. Rupanya selama ini hanyalah sia sia. Hati aku sakit. Aku pendam. Hari demi hari layanan aku kepada engkau mula kurang dan kurang. Hati aku mula tawar sejak kau mengerakkan bibir kau dan berkata ayat yang menikam aku dari belakang. Engkau mula perasan kelainan dan kita mula bergaduh. Harapan tinggal hujung bagaikan kaca retak menanti pecah terhadap relation ini. Perasaan sayang mula lemah dan  " Aku dah makin kurang sayang kau " bila aku layan kau aku terpaksa berpura aku selesa dengan kau. Aku faham kau lebih banyak terluka kerana aku lebih kepada dia. Mungkin dengan cara kita lepaskan relation nih kau akan bahagia.

Maafkan aku jika memaksa engkau untuk tinggalkan relation ni. Jika rasa sayang kau masih wujud terhadap aku lebih baik kau padamkan sebelum dia menyakiti hati kau. Aku minta maaf atas segala kesalahan aku terhadap kau. Segala tawa riang kau masih ada tersemat kemas dalam kotak memori seseorang Nurul Iffah. Terima kasih atas segalanya. Moga Moga kau gembira dengan hidup kau dan aku doakan kau Berjaya. Sekian Assalamualaikum



                                                                                                                   nurul iffah nordin